Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya . Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah :
1)Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya .
2)Membetulkan pundi peranakan yang jatuh .
3)Melegakan sakit hernia .
4)Mengurangkan sakit senggugut ketika haid .
5)Melegakan sakit paru-paru dari ketegangan .
6)Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa .
7 ) Meringankan bahagian pelvis .
8)Menggerakkan otot bahu , dada , leher , perut , punggung ketika sujud .
9)Gerakan otot-otot menjadikan lebih kuat dan elastik , secara automatik memastikan kelancaran darah .
10)Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah menyusukan bayi .
11)Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12)Mengurangkan kegemukan .
13)Otak manusia ( organ terpenting ) menerima banyak bekalan darah dan oksigen .
14)Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang linkungan bahagian belakang tubuh .
15)Memberi dorongan untuk mudah tidur .
Selain itu , kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita ( terutama ketika sujud waktu solat Subuh ) .
Thursday, 4 December 2008
Bersama doktor.....
Posted by Islamic Teenager at 23:54
Labels: Medical Centre
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment